Hari ini aku ingin sekali membicarakan tentang permasalahan yang berlaku, tatkala sebahagia mana pun sesebuah hubungan itu pasti ada suatu masa ianya bergelodak seperti air di sungai yang keruh akibat perbuatan manusia. Namun bukan tentang air sungai yang ingin aku bicarakan, baru baru ini, hubungan aku dengan si dia sedikit bergelora, aku pun masih diselubungi rasa bersalah akibat mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya terkeluar di skrin sms itu. Namun, aku juga tidak mampu menahan rasa tidak sedap hati dan resah tatkala si dia mengatakan hubungan kami sudah tidak segembira dulu. Entah dimana punca perkara seperti ini boleh berlaku.
Aku sebagai seorang lelaki cuba untuk mengetahui dengan lebih mendalam apakah sebenarnya persoalan atau punca kepada keadaan yang sebegitu rupa. Si dia berkata masih tidak bersedia untuk menerimaku dengan lebih serius dalam perhubungan kami, dan juga mengatakan sudah sedikit pudar rasa kasihnya padaku, entah dimanakah silapnya aku? Aku semakin tidak mengerti apakah sebenarnya yang si dia inginkan. Lantas seterusnya si dia menjawab- dia Cuma tidak bersedia untuk ke langkah seterusnya dalam perhubungan kami, aku terus bertanya adakah aku ini terlalu mendesak dalam perhubungan?
Tetapi rasa-rasanya aku sudah berusaha sedaya mungkin untuk memahami hati si dia,perasaannya, tabiatnya serta masalah-masalah yang sering melanda dirinya. Aku sebagai seorang yang bergelar manusia di muka bumi ini,lumrahnya ingin rasa disayangi dan menyayangi. Tetapi apabila dilakukan seperti ini tanpa sebab dan musabab yang kukuh aku terasa seperti perasaanku dipermainkan. Sudah banyak aku meluahkan isi hatiku padanya,sudah banyak perkara yang kami kongsi bersama. Malahan sudah banyak masa yang bagiku indah bersamanya. Dengan itu,aku bersama perasaan yang bercelaru mengeluarkan kata-kata yang boleh dikatakan pedas baginya. Tetapi sebelum ini, aku masih boleh memujuknya, Cuma pada kali ini,sungguh berat hatinya untuk melayanku seperti dulu.maafkanlah aku sekali lagi andai kata-kata itu benar benar menusuk hatimu.
Dikala ini,terlalu banyak yang bermain di fikiranku,adakah ini karma yang aku terima tatkala suatu ketika dahulu aku pernah melukakan hati seorang perempuan? Adakah si dia sudah punya pilihan hati yang lain yang jauh lebih baik dari aku? Atau si dia hanya mahu singgah sebentar sahaja di hati ini? Jujurnya dahulu aku memamg seorang “player” yang suka bermain-main dalam satu satu perhubungan. Namun tika suatu saat selepas aku habis tingkatan lima aku sedar bahawa hati merupakan suatu perkara yang tidak boleh dipermainkan. Saat ini,umur sudah mencecah 22 tahun lebih, ramai sudah sahabat-sahabat di kampong yang telah mendirikan rumah tangga.
Ada kalanya ego dalam diri ini masih setinggi gunung, tetapi kebanyakannya sudah banyak egoku yang sudah aku lempar jauh-jauh ke tepi kerana perempuan. Aku juga manusia, seandainya si dia ini sudah jemu melayan kerenahku, sudah tidak mahu berkongsi denganku, atau apa jugalah sebabnya, aku Cuma berharap si dia ini tidak mempermainkan lagi hati ku ini, berterus teranglah jika sudah tidak sayang. Andainya masih mahukan diriku ini, kembalilah seperti dulu.
No comments:
Post a Comment